fbpx
Tangkap layar ciapan Ahmad Maslan di akaun Twitter miliknya.

Ramai puji nasi goreng Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila memuat naik dua keping gambar yang memaparkan juadah nasi goreng hasil air tangannya di Twitter, hari ini.

Ciapannya lengkap dengan dengan resepi bersama kapsyen #NasiGoreng Ahmad Maslan #NGAM

“Saya sediakan untuk keluarga hari ini. Aroma daun pisang menambah kelazatan. Nasi, bawang, halia, telur, ikan bilis, asparagus, kunyit, sos tomato, garam, perisa, minyak sawit adalah bahan,” katanya.

Ciapan itu meraih perhatian ramai yang kebanyakan memuji kerajinan Ahmad Maslan dalam mempelbagaikan teknik masakan dengan pelbagai jenis bahan yang bukan kebiasaan.

“Wah, nasi goreng letak asparagus? Itu sesuatu yang baru untuk saya, boleh cuba ni. Selepas ini boleh buat tomyam letak brokoli pula, ke dah ada yang buat?,” ciap @mhzaar di ruangan komen.

“Saya suka apabila Datuk Seri berkongsi resepi nasi goreng. Sebelum ini saya rasa tidak berminat, tetapi sejak dua tiga hari ini, saya sentiasa tertunggu resepi nasi goreng daripada Datuk Seri Jalan terus!,” ciap @Khanifa_Anas.

“Kami nak lebih banyak kandungan juadah masakan YB. Inspirasi!,” tulis @khaleeqshah.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang meminta ahli politik berusia 56 tahun itu berkolaborasi dengan cef media sosial seperti Khairul Amin untuk menvariasikan lagi masakan nasi goreng yang pelbagai versi.

“Apa kata Datuk Seri bergandingan dengan @khairulaming untuk menghasilkan lebih banyak juadah di samping memberi inspirasi masakan juga kepada orang ramai,” komen @zarith.

“Sekadar cadangan, cuba Datuk Seri buat satu video tutorial ‘proper’ atau berkolaborasi dengan mana-mana cef selebriti, barulah gempak dan ramai juga boleh ikut resipi Datuk,” komen @nuzulalam.

Terdahulu, Ahmad Maslan pernah berkongsi teknik memasak ‘nasi goreng timun’ yang sempat sohor kini di Twitter – KOSMO! ONLINE

POPULAR