fbpx
GUNDOGAN meletakkan Jerman di hadapan, namun ia gagal untuk memacu semangat pasukan apabila tewas mengejut 1-2 menentang Jepun kelmarin. – AFP

Piala Dunia: Jerman bagai sudah hilang kemahuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Penjaring gol tunggal Jerman, Ilkay Gundogan mengecam aksi rakan sepasukannya dan menyifatkan pasukannya telah memudahkan tugas Jepun mendapatkan gol ketika mereka tewas mengejut 1-2 pada aksi kelmarin.

Menurutnya, aksi longlai dan bermain bagaikan tanpa strategi seperti itu sepatutnya tidak berlaku ketika mereka berada di pentas tertinggi bola sepak.

“Kami memberikan kerja mudah buat Jepun terutama­nya ketika jaringan kedua. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana kita sekarang berada di Piala Dunia.

“Manu (Manuel Neuer) beberapa kali mempamerkan aksi tangkas menyelamatkan pasukan. Kami sebenarnya memiliki peluang untuk jadikan 2-0, tetapi tidak memanfaatkannya.

“Kami tidak mampu membina gerakan daripada bawah dan seakan hilang keyakinan untuk mengawal bola dan hanya menggunakan hantaran jauh,” katanya.

Sementara itu, Neuer tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dan hairan apabila mereka seperti tidak ada kemahuan untuk mendapatkan ja­ringan selepas ketinggalan.

“Saya kecewa dan marah kerana kami membiarkan keputusan ini berlaku.

“Jadi, sekarang kami berada di bawah tekanan. Sejak dari awal, perkara penting adalah bagaimana kami memulakan kempen Piala Dunia namun sekarang ia sudah musnah,” jelasnya.

Dalam pada itu, peminat bola sepak antarabangsa membidas pemain Jerman yang dirakam bergambar sambil menutup mulut dan tindakan itu sebagai tanda protes mereka terhadap larangan pemakaian lilitan kapten anti diskriminasi. – AGENSI

POPULAR