fbpx

Pesawat tentera AS mendarat cemas selepas langgar burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman menunjukkan pesawat C-37 melanggar kawanan burung sejurus berlepas. – CNN

WASHINGTON – Sebuah pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas melanggar kawanan burung sejurus berlepas, lapor laman berita Wion News semalam.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu setakat ini.

Wakil Pentadbiran Aviasi Persekutuan memaklumkan bahawa pelanggaran tersebut berlaku pada Isnin lalu melibatkan  pesawat C-37 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago Midway.

Rakaman video memaparkan percikan api muncul pada enjin kiri selepas pesawat itu merempuh kawanan burung di udara. Kru penerbangan kemudian keluar dari pesawat dengan pantas selepas ia mendarat.

Ketua Biro Pengawal Kebangsaan Ketua Staf Bersama, Jeneral Daniel Hokanson ialah antara pegawai yang berada di dalam pesawat tersebut ketika kejadian.

Beliau merupakan anggota tertinggi pasukan tentera Pengawal Kebangsaan, lapor akhbar Mirror UK.

Sejurus mendarat, kakitangan lapangan terbang dan kru penerbangan menyangka kerosakan enjin menjadi penyebab kepada insiden itu. Namun, mereka kemudian menemui  bangkai burung yang besar di landasan. 

“Keputusan untuk berpatah balik ke lapangan terbang diambil atas dasar berwaspada,” kata seorang pegawai Tentera Udara AS.

Siasatan kini sedang dijalankan bagi insiden tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI