fbpx

Mayat lima mangsa nahas Osprey ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lima kru ditemui di samping pesawat pengangkut tentera Osprey yang terhempas Rabu lalu. – UPI

TOKYO – Pasukan penyelam mencari dan menyelamat dari Amerika Syarikat (AS) serta Jepun menemui bangkai pesawat pengangkut tentera Osprey yang terhempas semasa penerbangan latihan di selatan Pulau Kyushu Rabu lalu di samping beberapa mayat krunya, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Komando Operasi Khas Tentera Udara AS berkata, pasukan penyelam dapat mengesahkan bahawa mayat lima daripada lapan kru asal yang terlibat dalam nahas pesawat CV-22 serta dua mayat lagi telah ditemui pagi semalam.

“Usaha bersama diteruskan untuk mencari mayat kru daripada serpihan pesawat,” kata Tentera Udara sambil menambah, identiti anggota yang ditemui semalam masih belum dikenal pasti 

Tentera Udara AS sebelum ini mengenal pasti mayat kru nahas yang ditemui Rabu lalu sebagai Staf Tentera Udara, Sarjan Jacob M. Galliher, yang bekerja dalam unit perisikan dari Pangkalan Udara Yokota, barat Tokyo. 

Pesawat tersebut terhempas di lautan berhampiran Pulau Yakushima selepas seorang saksi melaporkan melihat enjin kirinya terbakar beberapa saat sebelum ia terhempas. Ia kemudian hilang daripada skrin radar Pengawal Pantai.

Operasi bersama sedang dijalankan untuk mencari serpihan mayat yang ditemui di dasar laut kelmarin semasa misi mencari dan menyelamat dilakukan. – AGENSI 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI