fbpx

Tentera udara AS pintas jet pengebom Russia di ruang udara Alaska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Tupolev Tu-95 terbang melintasi Moscow semasa latihan untuk perarakan Hari Kemenangan pada 7 Mei lalu. - Getty Images

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) mengerahkan dua jet pejuang F-16 untuk memintas dua pesawat pengebom Russia yang terbang berhampiran Alaska pada Isnin lepas, lapor stesen televisyen NBC kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) dalam satu kenyataan.

Walaupun dua pesawat pengebom Tu-95 Bear-H milik Russia itu tidak memasuki ruang udara berdaulat Amerika atau Kanada, NORAD berkata, ia mengesan dan mengenal pasti serta memintas pesawat itu ketika memasuki Zon Pengenalan Pertahanan Udara Alaska. 

“Zon pengenalan pertahanan udara adalah kawasan ruang udara yang memerlukan semua pesawat dikenal pasti dan rancangan penerbangan mereka dikawal demi kepentingan keselamatan negara,” demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

NORAD yang merupakan gabungan organisasi pertahanan udara AS dan Kanada berkata, aktiviti Russia tidak dilihat sebagai ancaman atau provokatif.

Kemunculan pesawat pengebom tersebut dan pemintasan yang dibuat oleh jet pejuang AS muncul pada masa yang sukar ketika hubungan antara kedua-dua negara sedang tegang serta menimbulkan beberapa konflik berkaitan sempadan pantai Alaska di bahagian Russia.

Bercakap pada Julai lalu mengenai pusingan baharu sekatan yang diketuai AS terhadap Moscow, Pengerusi Duma (Parlimen Russia) Negeri, Vyacheslav Volodin berkata, Washington harus ingat bahawa Alaska pernah menjadi sebahagian daripada Russia.

Moscow turut memberi amaran bahawa Alaska boleh dipaksa menjadi sebahagian daripada wilayah Russia semula.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI