fbpx

Malaysian Tigers sudah dapat sesuaikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara berjaya mengikat Afrika Selatan 1-1 dalam aksi pemanas badan di University of Nort West, Potchefstroom hari ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara berada pada keadaan terbaik menjelang aksi Piala Negara-Negara FIH di Potchefstroom, Afrika Selatan yang akan berlangsung dari 28 November hingga 4 Disember ini.

Ia berdasarkan prestasi semasa skuad Malaysian Tigers yang mencatat seri 1-1 dengan Afrika Selatan dalam aksi pemanas badan di University of Nort West, Potchefstroom hari ini.

Dalam aksi itu, Malaysian Tigers, No.10 dunia, ketinggalan satu gol terlebih dahulu sebelum bangkit menyamakan kedudukan melalui Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada suku ketiga permainan.

Ketua jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj gembira melihat reaksi para pemainnya yang kelihatan selesa beraksi pada kawasan beraltitud tinggi, 1,500 meter (m) di atas paras laut.

“Kita ketinggalan dahulu sebelum pemain bangkit bersungguh-sungguh untuk meraih keputusan seri. Esok kita akan berehat sebelum kembali teruskan latihan di sini.

“Cuaca hari ini bagus dan inilah cuaca yang kita akan bermain nanti. Pemain juga dapat sesuaikan diri dengan baik,” katanya.

Malaysian Tigers yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, akan membuka tirai kejohanan menentang Korea Selatan pada Isnin ini.

Selain Korea Selatan, skuad negara juga bakal berdepan Jepun dan Kanada dalam dua lagi aksi Kumpulan B. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI