fbpx

PRU15: PH sokong calon BN DUN Tioman?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong BN dan PN pada proses penamaan calon DUN Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin hari ini.

ROMPIN – Ketidakhadiran calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bersama penyokongnya pada penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bagai memberi isyarat sokongan PH kepada BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri.

Hari ini, calon PH DUN Tioman, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly hanya menghantar wakil bagi mencabut undi dalam proses penamaan calon DUN Tioman yang ditangguhkan susulan daripada kematian calon Perikatan Nasional (PN) allahyarham Md. Yunus Ramli.

Berdasarkan tinjauan mendapati hanya kumpulan penyokong BN dan PN hadir pada proses penamaan calon DUN berkenaan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Rompin hari ini.

Menurut sumber, menyatakan PH membuat keputusan akan menyokong calon daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) DUN Tioman dalam usaha membentuk kerajaan negeri bersama BN.

“Ya (ketidakhadiran calon dan penyokong isyarat PH akan sokong BN) kita akan bersama dan menyokong BN bagi membentuk kerajaan negeri pula selepas di pusat.

“Kita juga telah menyiapkan semua dokumen diperlukan dalam proses seterusnya bagi menyokong kerajaan BNPH,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya satu sidang akhbar juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyatakan sokongan PH terhadap BN.

PRU15 menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri gagal dibentuk kerana mana-mana parti tidak mempunyai majoriti.

Dalam tsunami politik Melayu itu menyaksikan PN menang 17 kerusi manakala BN menang 16 kerusi dan PH mendapat lapan kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI