fbpx

Penyertaan calon baharu di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa sebanyak dua kertas penamaan calon baharu telah dikemukakan iaitu masing-masing satu bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman, Pahang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, dua kertas penamaan tersebut telah diserahkan pada hari penamaan calon yang berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi tadi di kawasan Bahagian Pilihan Raya tersebut.

“Satu kertas penamaan baharu telah dikemukakan oleh calon mewakili Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai.

“Bagi DUN N.42 Tioman, Pahang, satu kertas penamaan baharu calon yang diterima adalah daripada Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, seramai enam calon akan bertanding bagi merebut kerusi P.017 Padang Serai manakala bagi DUN N.42 Tioman, Pahang seramai lima calon.

“Calon yang disahkan akan bertanding mengikut cabutan bagi P.017 Padang Serai adalah Datuk Cikgu Azman (PN), Datuk Sivaraj Chandaran (Barisan Nasional), Hamzah Abd. Rahman (Parti Pejuang Tanah Air), Dr. Sofee Razak (PH), Ananda AK (Bebas) dan Mohd. Bakhri Hashim (Warisan).

“Lima calon bagi N.42 Tioman, Pahang pula adalah Idayu Hashim (PN), Cikgu Osman Bakar (Pejuang), Mohd. Fadzli Mohd. Ramly (PH), Datuk Seri Mohd. Johari (BN) dan Sulaiman Bakar (Bebas),” ujar beliau.

Menurut Abdul Ghani, tempoh berkempen akan bermula selepas pengisytiharan pilihan raya
dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember depan (Selasa).

“Dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) masing-masing di Bahagian Pilihan
Raya Parlimen P.017 Padang Serai dan DUN N.42 Tioman, Pahang telah ditubuhkan untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen.

“SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI