fbpx
BIARPUN jumlah pelancong ke Pulau Langkawi tinggi, namun limpahan itu tidak dirasai pengusaha hotel bajet dan inap desa. – GAMBAR HIASAN

Hotel mewah tawar harga murah, inap desa pula tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pengusaha inap desa dan hotel bajet di sini mendakwa tidak merasai limpahan kemasukan pelancong walaupun pulau itu telah dibuka kepada pengunjung dalam dan luar negera sejak setahun lalu.

Tinjauan di sekitar pulau peranginan itu mendapati, rata-rata mereka terpaksa bersaing dengan hotel mewah yang turut menawarkan promosi sempena pembukaan semula industri pelancongan di sini.

Seorang pemilik Chenang Indah Chalet, Sazali Azmi, 55, berkata, semasa pembukaan semula Langkawi, banyak hotel mewah yang menawarkan poto­ngan harga terlalu rendah.

“Kami pengusaha kecil-kecilan ini tidak mungkin boleh turunkan harga lagi kerana yang ditawarkan sudah murah.

“Bila hotel mewah pun buat potongan harga sama dengan harga kami, pastinya pelancong akan memilih mereka,” katanya.

SAZALI menguruskan sendiri chalet enam bilik bagi menjimatkan kos di Jalan Kuala Chenang, Langkawi.

Bagi pengusaha rumah tamu Two Peace House, Azzuddin Azmi, 35, mendakwa, tidak ba­nyak bantuan disalurkan kepada pengusaha bagi memboleh­kan mereka bangkit semula.

“Bantuan dikatakan diberi kepada ejen pelancongan berdaftar saja, pemain industri pelanco­ngan lain dianaktirikan,” ujarnya.

Pengurus Operasi Kampung Guest House, Mohd. Farizal Padzil, 42, berkata, dia melihat berita tentang bantuan kepada pengusaha di media sosial se­masa Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tetapi untuk memohon bantuan tersebut, permohonan perlu dibuat secara dalam talian serta perlu banyak dokumen dan prosesnya rumit,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN