fbpx

Semoga ada sinar baru buat Malaysia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu media selepas menghadap Agong semalam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – “Semoga ada sinar baru buat Malaysia.”

Itu hantaran terbaharu di Facebook Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap situasi politik negara ketika ini.

Terdahulu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Pusat.

Susulan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Bagaimanapun, Agong kemudian menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) menghadap baginda secara individu di Istana Negara hari ini.

Difahamkan setakat ini, tiga pimpinan BN telah tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tiga pimpinan itu ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI