fbpx

[VIDEO] Lelaki larikan diri ketika dikejar MPV polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang tukar melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Tindakan seorang penunggang motosikal yang tular melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar di sini, kelmarin mengundang padah apabila dicekup polis.

Kejadian antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis.

“Justeru, kita kemudian bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dengan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta masih dikehendaki polis melibatkan kesalahan jenayah komersial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya itu dan didapati tiada sebarang rekod senarai hitam.

Agus Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan  Seksyen 42 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu serta Seksyen 15 ( 1 )( a ) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan penunggang motosikal itu membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI