fbpx

DUN Selangor : Skim gaji baharu atlet sukan Sukma Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Skim gaji baharu sedang dirancang bagi menarik penglibatan atlet sukan Selangor dalam latihan sepenuh masa bagi persediaan Sukan Malaysia (Sukma).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, ini melibatkan sukan berfokus yang menawarkan acara lebih dari 15 pingat emas.

Katanya, ini termasuk olahraga dengan 44 pingat dipertandingkan, renang (38), menembak (26), wushu (25) dan berbasikal (30).

“Majlis Sukan Selangir juga akan menetapkan sasaran kepada jurulatih dan pasukan seperti sukan menawarkan 10 hingga 20 pingat emas dengan sasaran pingat antara tiga hingga 8 pingat emas.

“Selain itu, sukan berpasukan dengan sasaran pingat emas sekurang-kurangnya satu pingat emas”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Yi Wei (PH – Kampung Tungku) mengenai rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi Kontinjen Selangor bagi Sukma.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI