fbpx

TM rekod untung RM265.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMRI Mokhtar

PETALING JAYA – Telekom Malaysia Berhad (TM) terus memperlihatkan trajektori pertumbuhan stabil bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2022 setelah merekodkan hasil operasi berjumlah RM3.16 bilion, 12.7 peratus lebih tinggi daripada RM2.8 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Kecekapan kos perniagaan lebih baik daripada perbelanjaan operasi berhemah, berserta program-program pengoptimuman membawa kepada perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) RM604.8 juta, peningkatan 38.2 peratus daripada RM437.5 juta pada suku ketiga 2021.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (PATAMI) bagaimanapun susut kepada RM265.2 juta, 2.2 peratus lebih rendah disebabkan pembayaran cukai yang lebih tinggi dan kerugian pertukaran mata wang asing atas pinjaman.

Kumpulan turut membuat perbelanjaan modal sebanyak 19.1 peratus daripada hasil pada suku berkenaan, yang berjumlah RM603.7 juta bagi memenuhi permintaan pelanggan menerusi perluasan fiber, pemodenan rangkaian dan naik taraf teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, momentum pertumbuhan TM dijangka berterusan bagi tahun 2022 dalam segmen perniagaan terasnya iaitu Unifi, TM One dan TM Wholesale.

“Kami akan terus melabur dalam keupayaan teknologi kami, bidang pertumbuhan baharu iaitu FMC (fixed-mobile converged) dan penyelesaian digital, serta dalam pembinaan kapasiti dan bakat digital dalam TM sambil kekal fokus meningkatkan jumlah pelanggan dan meneruskan disiplin kos operasi.

“2022 merupakan tahun untuk kami membina daya tahan komersial kami bagi mendepani cabaran tahun 2023, iaitu penyusutan pertumbuhan ekonomi, kos rantaian bekalan yang tinggi dan perbelanjaan pelanggan yang lebih berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI