fbpx
Koleksi 42 surat cinta Bob Dylan telah dijual kepada Livraria Lello. - RR Auction

Surat cinta zaman remaja Bob Dylan dijual lebih RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Koleksi surat cinta yang ditulis oleh bintang rock Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan kepada kekasih zaman sekolah menengahnya berjaya dijual pada harga AS$670,000 (RM3.07 juta), lapor laman berita Wion News kelmarin.

Surat-surat itu dijual kepada sebuah kedai buku popular di Portugal, Livraria Lello.

Dylan, 81, menulis surat itu kepada Barbara Ann Hewitt lewat tahun 50-an. Dalam penulisan surat itu, dia menyatakan cintanya sambil berkongsi impian bersama wanita itu.

Surat itu ditulis ketika dia masih dikenali sebagai Bob Zimmerman. 

Dalam surat tersebut, Dylan turut berkongsi rancangan untuk me­nukar namanya pada masa hadapan dan berharap untuk menjual berjuta-juta piring hitam satu hari nanti.

Livraria Lello merancang untuk menyimpan 42 surat tulisan tangan berjumlah 150 muka surat lengkap yang tersedia kepada peminat Dylan dan sarjana untuk dikaji, kata firma lelongan, RR Auction dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Dalam surat yang ditulis, Dylan turut menjemput kekasihnya ke sebuah rancangan dipanggil Buddy Holly. 

Dia juga menulis beberapa puisi sambi menyatakan rasa sa­yangnya kepada Hewitt.

Anak perempuan Hewitt me­nemui surat itu selepas ibunya meninggal dunia pada 2020.

Bukan hanya surat cinta tulisan tangan, beberapa cen­derahati milik Dylan turut dijual dalam lelongan itu. Ia termasuk arkib 24 ‘Puisi Tanpa Judul’ dan gambar Dylan yang ditandata­ngan olehnya. – Agensi

 

POPULAR