fbpx

Perkasa ekonomi antara fokus Belanjawan Selangor 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amiruddin Shari

PETALING JAYA- Pembentangan Belanjawan Selangor 2023 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat ini, akan memfokuskan kepada pemerkasaan kegiatan ekonomi negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, istilah ‘resilient’ (tahan uji) yang diperkenalkan dalam belanjawan lepas akan diperkasakan lagi supaya dapat menongkah gelombang kemeselatan ekonomi tahun hadapan.

“Negeri Selangor merupakan negeri yang boleh menongkah arus walaupun keadaan ekonomi dijangka mencabar tahun depan disebabkan oleh krisis bekalan dan geopolitik yang tidak seimbang.

“Pembentangan belanjawan jumaat ini akan diikuti dengan beberapa pindaan melibatkan enakmen luas dan juga berkenaan saraan ataupun pencen,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Selangor Masters 2022, disini, hari ini.

Tambahnya lagi, beberapa inisiatif lain buat anak-anak muda, wanita, dan pemerkasaan ekonomi juga akan turut dibentangkan.

Sementara itu, Amiruddin berkata rang undang-undang penting akan dibentangkan seperti perbekalan (belanjawan), enakmen luas (pindaan) dan tubuh kerajaan negeri supaya undang-undang anti lompat parti dapat diselaraskan.

“Dua yang terpenting iaitu undang-undang perbekalan (belanjawan) dan pindaan terhadap undang-undang tubuh kerajaan negeri akan mula kita bentangkan esok,” katanya.

Terdahulu, belanjawan tersebut yang sepatutnya dibentangkan pada Oktober lepas, telah ditangguh ke 25 November ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI