fbpx

Pengamal media berkampung hari kedua di Istana Negara selepas PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media berkumpul di hadapan Pintu 2 Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Hampir 100 pengamal media berkumpul di hadapan Pintu 2 Istana Negara, di sini, pada hari kedua selepas Hari Mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seawal 7.30 pagi tadi.

Ia bagi menantikan ketibaan ketua parti dan ketua gabungan politik yang diminta untuk mengemukakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum 2 petang hari ini.

Setakat pukul 11 pagi, tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa ketua parti dan ketua parti gabungan tiba di Pintu Utama mahupun Pintu 2 Istana Negara.

Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka berkenan melanjutkan proses bagi ketua dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan pasca PRU15 dan pencalonan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga pukul 2 petang hari ini selepas ditunda jadual asalnya semalam waktu sama.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Parlimen Malaysia disifatkan berada dalam keadaan ‘tergantung’ selepas SPR mengumumkan tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada PRU15 lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI