fbpx

Berat badan 63kg, peminat risaukan V BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V BTS

SEBELUM berangkat ke Paris untuk sebuah projek yang tidak didedahkan, penyanyi Kim Taehyung atau V memuat naik banyak perkongsian dalam InstaStory.

Salah satu hantaran penyanyi itu menjadi perhatian peminat iaitu gambar penimbang menunjukkan berat badannya yang terkini.

V mendedahkan, dia sebenarnya sedang mengamalkan diet pemakanan untuk menurunkan berat badan.

Dalam entri tersebut, penyanyi lagu Christmas Tree itu berpuas hati berat badannya sebanyak 63.4 kilogram (kg).

Perkongsian penyanyi kacak itu sekali gus menuai perhatian peminat dan ada yang menyuarakan kebimbangan.

“Dengan ketinggian 178.8 sentimeter dan berat 63kg, V kelihatan kurus dan dia patut berhenti menurunkan berat badannya,” kata peminat.

“V sendiri pun diet. Saya juga akan mulakan diet pada hari esok,” ujar pengikut lain.

“Saya rasa V mahu buat penampilan yang ekstra untuk projek di Paris kelak. Tidak sabar untuk melihat,” tutur netizen teruja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI