fbpx

Perdana Menteri ke-10 dinamakan melalui surat akuan berkanun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri ke-10 perlu dinamakan melalui surat akuan berkanun daripada setiap Ahli Dewan Rakyat yang mengganggotai gabungan parti-parti politik.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu telah dimaklumkan beliau menerusi surat kepada ketua-ketua parti dan setiausaha-setiausaha agung parti-parti politik yang memenangi jumlah kerusi substansial pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pihak tersebut perlu mengemukakan nama parti-parti dan ahli-ahli Parlimen bebas (sekiranya ada) yang bersetuju untuk menganggotai gabungan mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan kerajaan persekutuan melalui surat akuan berkanun oleh ketua parti.

“Mereka juga diminta menamakan seorang daripada Ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun daripada setiap Ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan itu yang dinyatakan dengan terang dan jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dokumen-dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok sebelum pukul 2 petang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan gabungan parti-parti politik perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 kepada Istana Negara sebelum pukul 2 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata, susulan itu, Istana Negara meminta bantuan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat memohon ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membuat pemakluman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI