fbpx

PRU15: Naik ambulans buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd.Rosli (terbaring) menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat selepas membuang undi yang diwakili isterinya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 hari ini.

SHAH ALAM – Semangat mengundi ditunjukkan pesakit pendarahan dalam kepala, Mohamad Rosli Mohamad Dani,57, wajar menjadi contoh kepada seluruh rakyat negara ini.

Mohamad Rosli hadir membuang undi di di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 17 di sini dengan menaiki sebuah ambulan milik Yayasan Amal Kota Raja dari kediamannya di Taman Sri Muda.

Menurut isterinya, Rosnah Mahmud,54, suaminya tidak pernah sekali pun terlepas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar sejak berusia 21 tahun.

Katanya, suaminya sebelum ini merupakan ketua tempat pusat pengundi semasa menjadi guru di sebuah sekolah di Seksyen 25.

“Saya bawa suami mengundi juga hari ini sebagai tanggungjawab kepada negara.

“Satu undi menentukan kemenangan kepada pemimpin dan menentukan kerajaan akan dipilih,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jelas Rosnah, suaminya disahkan mengidap penyakit tersebut selepas dikatakan terdiam selepas solat pada 19 Julai 2019.

Tambahnya, bagaimanapun Mohamad Rosli tetap boleh berkomunikasi dengan isyarat tangan dan ‘memberitahu’ hasratnya untuk mengundi hari ini.

“Walaupun suami saya terbaring sejak tiga tahun lalu namun tetap hadir demi memotivasikan orang muda dan orang lain untuk turut mengundi,” ujarnya.

Proses pengundian dilunaskan oleh Rosnah bagi pihak suaminya yang lumpuh sebelah kiri badan.

Seperti mana pengundi lain, jari telunjuk Mohamad Rosli turut dicelupkan dengan dakwat oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ditugaskan menjalankan pengundian secara tertutup. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI