fbpx

Lelaki maut, rakan parah kereta Perodua Alza terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbalik di Jalan Jelutong-Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya yang juga pemandu dikatakan terbabas sebelum terbalik di Jalan Jelutong-Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa berketurunan Cina berusia 30-an disahkan mati di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Perodua Alza.

Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 30-an itu pula dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.44 pagi tadi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik pasukan tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang terbabas seterusnya terbalik.

“Terdapat dua mangsa yang terperangkap di ruang pemandu dan penumpang hadapan. Mangsa pertama iaitu pemandu dikeluarkan pada pukul 2.10 pagi dan terus dibawa ke hospital dengan jentera EMRS.

“Pada pukul 2.11 pagi,mangsa kedua berjaya dikeluarkan dan disahkan maut di lokasi oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.25 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI