fbpx

Komplikasi penyakit jika makan daging paus mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai dilarang memakan bangkai ikan paus. - Getty Images

OTTAWA – Kerajaan Kanada mengeluarkan amaran rasmi kepada orang ramai supaya berhenti memakan bangkai ikan paus yang hanyut ke pantai kera­na mengandungi paras toksin tinggi dan berbahaya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Jabatan Perikanan dan Lautan Kanada (DFO) memberi amaran tentang komplikasi ‘penyakit serius’ terhadap mereka yang memakan daging ikan paus mati.

Kebimbangan berhubung penyakit yang jarang berlaku dinamakan botulisme (keracunan teruk) yang ditemui dalam ikan paus adalah salah satu daripada bahaya tersebut, menjadikan bangkainya ‘tidak sesuai untuk dimakan’.

“Selain daripada kebimbangan mengenai botulisme, daging mamalia marin itu juga boleh mengandungi paras toksin dan logam berat yang tinggi,” demikian menurut kenyataan pegawai DFO.

Amaran itu dikeluarkan selepas beberapa ekor anjing dilaporkan memakan daging ikan paus mati di pantai Masset Inlet, Kanada.

Pegawai unit perikanan, Chase Edwards menambah, orang ramai harus menjauhkan diri dan haiwan peliharaan mereka daripada bangkai paus yang mereput.

“Di lokasi-lokasi seperti ini, kumpulan pelajar sekolah, pelancong dan orang ramai gemar melihat bangkai paus. Jadi kami mahu orang ramai sedar bahawa perbuatan melihat dan merakam  gambar adalah pilihan terbaik berbanding bermain dengan bangkai paus atau mengambil sebahagian dagingnya,” kata Edwards.

Menurutnya, orang ramai kerap melawat bangkai paus untuk mengambil tulang dan mempamerkannya di rumah mereka.

Perbuatan menanam bangkai paus adalah tidak menyalahi undang-undang, tetapi tidak diga­lakkan supaya orang ramai tidak mendapat penyakit dan berlaku risiko kematian, lapor akhbar Times Colonist. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI