fbpx

Lapangan Terbang Heathrow alami gangguan akibat mogok tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOGOK di Lapangan Terbang Heathrow akan diadakan selama tiga hari. - CNN

LONDON – Lapangan Terbang Heathrow di London berdepan ‘gangguan besar’ ekoran 350 pekerja akan memulakan mogok yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula semalam kerana menuntut kenaikan gaji, lapor stesen penyiaran CNN.

Seramai 350 ahli kesatuan sekerja Unite memulakan mogok selama 72 jam pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) semalam, demikian menurut satu kenyataan akhbar.

Akhbar itu melaporkan, mogok di lapangan terbang paling sibuk di Britain itu akan ‘mengakibatkan gangguan, kelewatan dan pembatalan penerbangan yang menjejaskan Terminal Heathrow 2, 3 dan 4’.

Antara syarikat penerbangan utama yang akan terjejas ialah American Airlines, Air Canada, Lufthansa, Qantas, Swiss Air, TAP Air Portugal, Austrian Airlines, Egyptair, Aer Lingus dan Finnair.

Trafik udara di Lapangan Terbang Heathrow dibelenggu gangguan sepanjang musim panas lalu apabila permintaan perjalanan meningkat daripada paras terendah semasa pandemik Covid-19.

Pada Julai lalu, lapangan terbang itu meletakkan had harian untuk penumpang menjelang musim panas yang dilanjutkan sehingga Oktober 2022 bagi menangani kekurangan kakitangan dan lonjakan permintaan.

Had penumpang kemudian ditarik balik pada penghujung Oktober lalu dengan Heathrow baru-baru ini berkata bahawa pihaknya bersedia untuk operasi menjelang sambutan Krismas paling besar dalam tempoh tiga tahun. 

Setakat ini, lapangan terbang itu telah mencapai kira-kira 74 peratus daripada kapasiti pengunjung pada 2019. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI