fbpx

Xi Jinping ‘sekolahkan’ PM Kanada kerana bocorkan ‘rahsia’ kepada media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping (kanan) memarahi Trudeau (kiri) kerana tidak menyukai tindakannya yang memberitahu pemberita mengenai butiran mesyuarat. – Sky News

JAKARTA – Presiden China, Xi Jinping memarahi Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kerana membocorkan butiran mesyuarat sidang kemuncak negara Kumpulan 20 (G20) di Pulau Bali, Indonesia kepada pemberita, lapor stesen penyiaran Sky News semalam.

Trudeau dikatakan menyuarakan kebimbangannya mengenai campur tangan Beijing dalam hal ehwal Ottawa.

Jinping kemudian memarahi Trudeau yang mana percakapan itu dirakam oleh kamera televisyen.

“Semua yang kita bincangkan telah dibocorkan kepada akhbar, ia tidak bagus. Itu bukan cara perbualan yang sepatutnya dijalankan jika anda ikhlas,” kata Jinping.

Trudeau kemudian menjawab kata-kata Jinping sambil memberitahu, Kanada mengamalkan dasar dialog terbuka dan telus.

“Kami akan berusaha untuk bekerjasama secara konstruktif, namun akan adanya beberapa perkara yang kita tidak akan bersetuju,” ujar beliau.

Jinping kemudian melihat ke arah sekeliling lalu berkata: “Mari nyatakan syarat-syaratnya dahulu,” sebelum kedua-duanya berjabat tangan.

Seorang pegawai Ottawa berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah hal berkaitan konflik peperangan di Ukraine, Korea Utara dan perubahan iklim dengan Trudeau membangkitkan kebimbangan serius mengenai campur tangan dalam hal ehwal Kanada.

Bekas duta Kanada ke China, Guy Saint-Jacques berkata, beliau berpendapat Jinping sengaja memarahi Trudeau di hadapan kamera.

“Apabila anda melihat ke arahnya (Jinping), wajahnya menjadi merah dan menggerakkan lengannya.

“Beliau kelihatan gelisah. Jelas bahawa beliau tidak gembira dengan tindakan Trudeau yang memberitahu butiran mesyuarat kepada media,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI