fbpx

Sandara Park buat pembedahan payudara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDARA PARK

BARU-BARU ini, peminat Sandara Park menyuarakan pendapat mereka tentang perubahan saiz payudara yang berlaku kepada artis kegemaran mereka itu.

Hal tersebut menjadi kecoh apabila penyanyi dan juga penari itu memuat naik gambar dalam Instagram miliknya menampilkan saiz dadanya yang kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.

Dalam entri tersebut, Sandara atau lebih mesra disapa Dara mengenakan bikini belang dan menunjukkan bentuk badan seksinya dengan kapsyen: “Terima kasih kepada semua yang sudah memberikan ucapan hari lahir buat saya.”

Perkongsian tersebut pantas menimbulkan teka-teki dan berdebat mengenai topik payudara penyanyi Kiss itu dalam kalangan peminat.

“Adakah Dara melakukan pembedahan atau dia menggunakan pelapik payudara,” ujar peminat.

“Kelihatan seperti implan kerana payudara Dara tidak sebesar itu sebelum ini,” komen netizen.

“Mustahil bagi Dara untuk mempunyai payudara sebesar itu dengan berat badannya yang sangat kurus,” kata peminat.

Sehingga kini, Dara tidak mengeluarkan sebarang penjelasan mengenai kekecohan mengenai dirinya walaupun dia kelihatan sangat aktif dalam Instagram miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI