fbpx

Projek RM285 juta diluluskan sebelum Parlimen bubar – KASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan bahawa Projek Naik Taraf Loji Bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan telah diluluskan sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

KASA menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, projek tersebut telah diluluskan pada November 2020 di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Tahun 2021 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, proses perolehan projek itu telah bermula sejak 6 Oktober lalu sedangkan pembubaran parlimen pada 10 Oktober.

“KASA sangat berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan dalam tempoh kerajaan caretaker ini.

“Justeru itu, kenyataan yang tular adalah tidak berbangkit sama sekali kerana tiada sebarang ikatan kontrak telah dijalin antara kerajaan dengan syarikat dalam tempoh ini,” katanya.

KASA menegaskan bahawa surat yang didakwa kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tersebut perlulah disiasat terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

Menurut KASA, kenyataan pihak yang mendakwa bahawa kerajaan telah meluluskan projek selepas pembubaran parlimen adalah satu tohmahan yang tidak berasas sama sekali.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan projek naik taraf loji bernilai RM285 juta itu telah diluluskan oleh KASA kepada sebuah syarikat selepas Parlimen dibubarkan.

Rafizi juga sebelum ini telah menuntut penjelasan daripada Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI