fbpx

Affin Bank lancar kad kredit, debit UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN RADZLY (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran semalam.

PETALING JAYA – Affin Bank Berhad semalam melancarkan Kad Kredit dan Debit Jenama Bersama Alumni UKM AFFIN yang direka khusus buat warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), termasuklah Alumni dan Alumni Bersekutu.

Jalinan kerjasama yang pertama seumpamanya antara Affin Bank dan UKM itu menawarkan warga UKM pelbagai keistimewaan merangkumi kad identiti berserta paparan maklumat akronim fakulti dan tarikh graduasi, pengecualian yuran tahunan seumur hidup serta penjimatan dalam bentuk ganjaran, diskaun dan keistimewaan.

Ia turut menyediakan diskaun sehingga 50 peratus untuk manfaat dan keistimewaan alumni termasuk yuran pendaftaran pengajian pascasiswazah (arus perdana), yuran pendaftaran keahlian Perpustakaan UKM, yuran pendaftaran kursus terpilih dan banyak lagi.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kerjasama berkenaan adalah bukti komitmen pihaknya untuk meluaskan jaringan segmen pelanggan, ke arah memudahkan akses kepada perkhidmatan perbankan.

“Ini selaras dengan komitmen Bank ke arah menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bersempena pelancaran Kad Alumni UKM AFFIN di pasaran, pemegang kad berkenaan boleh menyertai peraduan istimewa ‘Win a Vespa’ bermula 16 November 2022 sehingga 15 Mei 2023 dan berpeluang memenangi salah satu daripada tiga Vespa Primavera 150.

Pemegang kad kredit Alumni UKM AFFIN akan menerima satu penyertaan bagi setiap permohonan kad yang diluluskan, manakala pemegang kad debit Alumni UKM AFFIN pula akan mendapat satu penyertaan menerusi setiap lima transaksi perbelanjaan runcit.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI