fbpx

PRU15: Berkempen jangan sampai perpaduan kaum retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALIMAH (tengah) membantu calon BN Parlimen Kluang Ping Sieu (kiri) di Kluang, Johor semalam.

KLUANG – Meskipun namanya tidak dicalonkan sebagai calon Parlimen di Johor oleh pucuk pimpinan UMNO namun Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohammed Sadique tetap bersemangat membantu rakan sepasukan di Kluang dalam tempoh berkempen yang berbaki tiga hari lagi.

Halimah yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, pulang kampung halaman bagi membantu calon BN Parlimen Kluang, Gan Ping Sieu berkempen sebagai pecutan terakhir sebelum hari mengundi pada 19 November nanti.

Menurutnya yang dilahirkan di Kampung Gunung Lambak di sini, beliau tidak akan membiarkan Ping Sieu dan pasukannya berkempen tanpa bantuannya apatah lagi cabaran dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali agak mencabar.

“Peluang tiga hari berkempen selepas membantu calon-calon lain di seluruh negara akan digunakan sebaiknya untuk mendekati pengundi yang digerakkan dengan semangat perpaduan kaum.

“Strategi ini adalah langkah terakhir kami untuk memenangkan calon BN yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2008 sebelum ini,” katanya.

Halimah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Makan Malam Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tiong Hwa di Kluang malam semalam.

Halimah berkata, dengan gerakan perpaduan daripada rombongan berbilang kaum dapat menarik perhatian rakyat untuk memberikan undi kepada BN.

Dalam pada itu, Halimah ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak memecahkan perpaduan kaum yang sudah terjalin sejak sekian lama ketika berkempen untuk calon masing-masing.

Ujarnya, tindakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama harus dielakkan kerana tidak mahu hanya kerana ingin memenangkan calon sanggup mengabaikan semangat perpaduan yang sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI