fbpx

Penuntut IPT dicekup berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih yang merupakan penuntut IPT dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Bakar Arang dekat Sungai Petani, awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Sepasang kekasih yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan antara empat pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di sini awal pagi ini.

Pasangan penuntut dalam bidang pergigian berusia lingkungan 20-an itu
dicekup dalam operasi khas mencegah mungkar bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi tadi.

Operasi dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda hasil maklumat orang awam dan risikan.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel di Bakar Arang selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel untuk membuka bilik itu selepas 30 minit memujuk mereka.

“Pasangan terbabit memberi alasan lewat membuka pintu kerana sedang bersiap untuk balik ke asrama penginapan selepas selesai berbincang tugasan universiti di dalam bilik itu,” katanya di sini hari ini.

Penuntut perempuan berasal dari Taiping, Perak dan pasangannya dari Selangor kemudian ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI