fbpx

Kapal layar gergasi berbentuk penyu, bersaiz bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Sayap’ kapal layar dibina untuk membolehkan ia berlayar tanpa memerlukan enjin. - SWNS

ROM – Sebuah projek kapal layar gergasi berharga £6.8 bilion (RM36.7 bilion) yang berbentuk seperti penyu dirasmikan dengan saiznya menyamai sebuah bandar kecil, lapor akhbar The Sun.

Projek kapal layar digelar Pangeos itu sekiranya berhasil akan menjadi struktur terapung paling besar pernah dibina.

Ia berukuran 550 meter dan 610 meter pada titik terluasnya. Kapal tersebut boleh memuatkan sehingga 60,000 tetamu dan menjadi salah sebuah bandar terapung.

Pangeos juga akan dilengkapi dengan hotel, pusat beli-belah, taman serta pelabuhan dan landasan pesawat, demikian menurut pereka dari Itali, Lazzarini.

Firma rekaannya turut berharap pelan itu menjadi kenyataan selepas mengadakan kutipan dana dengan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mengakses pelan tersebut menerusi token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti (NFT).

“Ruang maya kapal ini juga boleh dibeli di bawah koleksi NFT di mana pengguna akan dapat mengumpul kandungan tertentu serta mengakses secara maya,” kata Lazzarini.

Pembinaan kapal layar itu dianggarkan memakan masa sehingga lapan tahun. Pereka mencadangkan agar limbungan kapal dibina khas untuk projek tersebut.

“Terayatch (kapal layar gergasi) memerlukan terashipyard (limbungan kapal gergasi).Konsep kapal bersaiz sedemikian memerlukan limbungan khas untuk mengapungkan kapal layar itu apabila ia dilancarkan,” kata pereka.

Menurut Lazzarini, Pangeos akan mampu menggunakan ‘sayap’ untuk berlayar tanpa menggunakan tenaga, menjadikan ia sebagai struktur yang mesra alam. – Agensi

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI