fbpx

EPL: Kelab divisyen tujuh mahu cuba nasib pinjam Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND

MANCHESTER – Pasukan daripada liga divisyen ketujuh di England, Ashton United dikatakan telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat penggempur sensasi Manchester City, Erling Haaland secara pinjaman.

Haaland akan bercuti rehat selama sebulan ekoran gagal membantu Norway layak ke saingan Piala Dunia kali ini.

Justeru, Ashton United percaya mereka mempunyai peluang untuk memujuk Haaland menyertai mereka di Stadium Hurst Cross yang terletak hanya kira-kira lapan kilometer saja dari Etihad.

“Ia sesuatu yang masuk akal. City tidak bermain dan kami mampu membantu Haaland untuk terus mengekalkan tahap kecergasannya. Ia lebih baik berbanding dia pergi bermain golf untuk tempoh enam minggu.

“Kami fikir Haaland juga mampu membantu pasukan ini dan membentuk skuad yang lebih dinamik,” kata Pengurus Ashton United, Michael Clegg.

Ashton yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Divisyen Utara ini menghuni tangga ke-11 dan hanya meledak 23 gol setakat musim ini.

Bagaimanapun, impian Ashton itu mungkin tidak kesampaian apabila Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini mendedahkan bahawa Haaland akan menghabiskan masa di Marbella, selatan Sepanyol untuk bercuti dan bermain golf. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI