fbpx

Yunos dilantik Pengerusi Agrobank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yunos Abd Ghani

PETALING JAYA – Agrobank mengumumkan pelantikan Datuk Yunos Abd Ghani sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif bank tersebut berkuatkuasa 12 November lalu.

Pelantikan tersebut adalah untuk menggantikan Datuk Mustapha Buang yang telah menamatkan perkhidmatannya selama dua tahun sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank pada Jumaat lalu.

“Pihak Bank dan ahli lembaga pengarah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Mustapha atas sumbangan serta sokongan beliau ketika berkhidmat diAgrobank.

“Sepanjang dua tahun perkhidmatan itu, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya demi kepentingan dan kesejahteraan bank serta memastikan standard tadbir urus korporat yang tertinggi dan berintegriti dilaksanakan di Agrobank,” jelas kenyataan tersebut di sini.

Selain itu, Yunos  adalah Ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Ahli Majlis Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Pengarah World Savings and Retail Banking Institute serta Bendahari Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI