fbpx
Seorang pembantu kedai laksa di Sungai Lalang, Norhidayah Abdul Manaf menunjukkan hidangan laksa yang memerlukan telur rebus di kedainya di Sungai Petani baru-baru ini.

Susah jual nasi lemak, laksa telur tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isu kekura­ngan telur di pasaran menyebabkan ramai peniaga makanan yang menggunakan bahan itu di seluruh negara menghadapi masalah dan terpaksa menanggung kos tambahan lain.

Para peniaga laksa dan nasi lemak misalnya, terpaksa me­ngupah rider untuk mengambil bekalan telur di kawasan yang jauh bagi melengkapkan hida­ngan yang dijual.

Selain sukar mendapatkan bahan mentah itu, telur yang dijual didakwa naik harga memaksa harga makanan turut dinaikan bagi mengelakkan kerugian.

Di Sungai, Petani Kedah, seorang peniaga laksa di Sungai Lalang, Mariah Hamid, 52, berkata, sambutan perniagaan yang diusahakannya sejak lima tahun lalu mengalami penurunan mendadak kebelakangan ini apabila harga naik daripada RM4 kepada RM5 sepinggan.

“Saya tiada pilihan dan terpaksa berbuat demikian kerana semua bahan mentah seperti ikan dan telur sukar diperoleh selain mengalami kenaikan harga.

“Malah, penggunaan telur yang menjadi ‘penyeri’ hidangan ini dihadkan daripada separuh kepada suku sahaja walaupun me­nerima rungutan daripada pe­langgan,” katanya semalam.

Mariah menambah, dia terpaksa mengeluarkan kos sampi­ngan untuk petrol kereta bagi mencari telur di kedai di luar daerah Kuala Muda kerana peruncit mula mencatu bagi pembelian telur kebelakangan ini.

“Rata-rata kedai di daerah ini mengehadkan pembelian telur dengan alasan pelanggan lain turut memerlukan bahan itu.

Di Shah Alam, Selangor, seorang peniaga nasi lemak dikenali sebagai Lia berkata, kekurangan telur menyebabkan dia tidak dapat berniaga selama dua hari.

Kata wanita berusia 36 tahun itu, telur ketika ini umpama se­perti emas atau berlian yang amat sukar diperoleh dengan harga ditawarkan juga berbeza antara kedai.

Katanya, harga bagi gred C sahaja ada mencecah antara RM13.50 berbanding sebelum ini hanya RM11.90.

“Telur pun sekarang ini dicatu dengan amat bertuah sekiranya berjaya mendapat dua papan. Jadi saya terpaksa memotong sebiji telur rebus kepada empat.

Seorang peniaga nasi lemak di Kuala Terengganu pula tidak meletakkan telur kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah itu.

“Saya lebihkan ikan untuk ganti telur yang susah dapat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN