fbpx

Biden silap puji Colombia, sepatutnya Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN bergambar bersama Hun Sen semasa majlis makan malam Sidang Kemuncak Asia Timur di Phnom Penh kelmarin. – AFP

PHNOM PENH, Kemboja – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekali lagi berada dalam situasi memalukan kelmarin apabila beliau menyebut Colombia walaupun sebenarnya merujuk kepada negara Kemboja (Cambodia) selaku tuan rumah sidang kemuncak Negara-Negara Persatuan Asia Tenggara (ASEAN), lapor laman berita Wion News.

Semasa bertemu para pemimpin ASEAN di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, Biden berkata: “Kini kita sekali lagi berkumpul bersama-sama di Kemboja, saya teruja untuk membina kemajuan yang lebih kukuh berbanding yang kita sudah lakukan dan saya ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri Colombia kerana kepimpinan beliau sebagai pengerusi ASEAN dan kerana menjadi tuan rumah kepada kita semua,”.

Biden sebenarnya merujuk kepada pengerusi semasa persatuan yang terdiri daripada 10 buah negara itu iaitu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Presiden AS itu yang sedang dalam rangka lawatan singkat, termasuk persinggahan untuk mesyuarat Kumpulan 20 (G20) di Indonesia, sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh dan sidang kemuncak COP27 di Mesir, membuat kesilapan serupa ketika bercakap kepada pemberita di White House baru-baru ini. 

Parti pembangkang, Parti Republikan mengambil kesempatan daripada kecenderungan Biden untuk bercakap merepek semasa siaran langsung sebagai bukti berhubung dakwaan beliau semakin berusia dan tidak layak menduduki White House.

Para penyokong Presiden AS itu bagaimanapun berkata, Biden semakin baik dalam menyampaikan ucapan di khalayak ramai selama berdekad-dekad walaupun terpaksa mengatasi masalah gagap sejak zaman kanak-kanak lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI