fbpx

Tiada kawasan terjejas akibat puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video puting beliung dirakamkan seorang penduduk di Guar Chempedak, Yan pada petang tadi.

YAN – Kejadian pusaran angin seperti puting beliung yang melanda daerah Yan pada petang tadi tidak melibatkan sebarang kerosakan harta benda penduduk di situ.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, sepasukan anggota digerakkan ke empat lokasi dipercayai tempat berlaku pusaran angin untuk membuat pemantauan.

“Kita mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di Kampung Teroi, Jalan Titi Batu 18, Kampung Sedaka dan Kampung Dulang di sini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pusaran angin itu berlaku ketika hujan lebat yang disertai angin kencang di daerah ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan penduduk di Guar Chempedak di sini gempar apabila melihat pusaran angin seperti puting beliung melanda satu kawasan di daerah ini.

Kejadian sempat dirakam seorang penduduk, Abd. Rashid Mohd. Darom, 36, ketika berada di luar rumahnya di Taman Chempedak Indah, Guar Chempedak di sini pada pukul 5.17 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI