fbpx

PRU15: UPSI galak 25,000 penuntut keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 1,150 peserta Integrity Fun Run di Tanjung Malim, semalam yang terdiri daripada mahasiswa dan masyarakat sekitar Muallim.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) menggalakkan kira-kira 25,000 mahasiswanya untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin berkata, PRU15 yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menyaksikan pelaksanaan Undi 18.

Katanya, ia turut melibatkan para mahasiswa intitusi pendidikan awam di seluruh negara.

“Bagi menyokong hasrat negara untuk mempromosi para mahasiswa keluar mengundi, seramai kira-kira 25,000 penuntut di UPSI digalakkan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Para mahasiswa boleh memuat naik aplikasi yang telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu MySPR semak dan laman web MySPR bagi mendapatkan data pendaftaran,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Larian Integriti Sempena Sambutan Hari Integriti UPSI 2022 di Dataran Cemerlang Bersama, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini.

Mengulas lanjut, Norkhalid berkata, bagi memastikan program itu berjaya, UPSI telah menyediakan slot khas kepada SPR sempena Program Orientasi Pelajar pada Oktober lalu.

“UPSI juga telah menerima peruntukan daripada Jabatan Pengajian Tinggi bagi melaksanakan program memperkasakan pendidikan pengundi mahasiswa iaitu Undi 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI