fbpx

Twitter henti sementara langganan ‘blue tick’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO Twitter dilihat di ibu pejabat syarikat itu di San Francisco pada 28 oktober lalu. - AFP

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Twitter menghentikan sementara perkhidmatan langganan tanda semak biru (blue tick) selepas kemunculan ramai penipu yang menggunakan ciri itu untuk menyamar sebagai jenama dan tokoh terkenal, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Pengguna Twitter sebelum ini perlu membayar yuran AS$7.99 (RM37) sebulan untuk membolehkan akaun mereka disahkan.

Sebilangan pengguna yang telah membayar untuk pengesahan itu mendapati tanda semak biru pada akaun mereka hilang.

Pengiklan-pengiklan terkemuka juga menghentikan sementara paparan iklan di platform itu kerana bimbang menyampaikan maklumat yang salah.

Sebuah syarikat pengiklanan utama, Interpublic Group menasihatkan klien-klien untuk menghentikan sementara semua iklan di platform mereka sekurang-kurangnya seminggu selepas Elon Musk mengambil alih Twitter. Antara klien syarikat itu termasuk Nintendo, CVS dan Unilever.

Sebilangan kakitangan utama, termasuk ketua penyederhanaan kandungan Twitter, dipecat secara tiba-tiba berikutan pengambilalihan Musk.

Kenyataan awam daripada bekas-bekas pekerja Twitter pula menimbulkan kebimbangan bahawa platform itu mungkin lebih dipenuhi dengan berita palsu dan ucapan kebencian.

Pada Oktober lalu, Musk mengumumkan bahawa beliau akan berusaha mewujudkan ‘majlis penyederhanaan kandungan’ untuk menangani isu-isu di platform media sosial tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI