fbpx

Pak Su Mid, ulama terkenal Kedah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Abdul Hamid

ALOR SETAR – Ulama terkenal Kedah, Pak Su Mid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ismail, 96, meninggal dunia hari ini dipercayai kerana sakit tua.

Difahamkan Allahyarham Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang tadi di sebuah hospital swasta di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Kuala Pai Bukit Tembaga, Kuala Nerang, dekat sini.

“Saya difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan sudah beberapa lama dikhabarkan tidak sihat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, jenazah Allahyarham, Pak Su Mid dijangka dikebumikan pada pagi esok.

Pak Su Mid dilahirkan pada 1926 di Jerlun dan terkenal dengan kata-kata hikmahnya yang disampaikan secara mendalam dan penuh kiasan.

Antara amalan Allahyarham ialah tidak pernah meninggalkan puasa sunat sejak 30 tahun lepas dan sering berwuduk.

Antara kitab yang menjadi rujukan Pak Su Mid ialah, Hilyatul Auliyak, Futuhat Makkiyah Ibn Arabi dan Khozinatul Asror. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI