fbpx

Keluarga kecoh mayat tertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mendiang Somnuk Kongto menanti mayatnya di sebuah wat Siam. – Thaiger

BANGKOK – Sebuah majlis pengebumian di wilayah Prachin Buri, tengah Thailand kecoh apabila menerima mayat  yang salah selepas pihak hospital tersilap menyerahkan jasad individu berlainan, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Ahli keluarga wanita berusia 58 tahun, Somnuk Kongto yang mati dalam kemalangan jalan raya Selasa lalu ketika itu menanti mayatnya di sebuah wat Siam.

Saudara lelakinya membawa pulang mayat tersebut dari sebuah bilik mayat di Hospital Chaophraya Abhaibhubejhr dan membawanya ke wat itu untuk upacara keagamaan.

Ahli keluarga mendiang bagaimanapun terkejut apabila mendapati ia bukan mayat Somnuk kerana si mati memiliki warna kulit lebih cerah dan tidak kelihatan seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ahli keluarga berkenaan kemudian menelefon kakitangan bilik mayat sebelum pihak hospital menyedari berlakunya kesilapan oleh pihaknya.

Kakitangan dilaporkan tersilap menyerahkan mayat seorang wanita berusia 33 tahun dari wilayah Suphan Buri.

Kedua-dua keluarga kemudian tiba di fasiliti itu dan mayat dua wanita tersebut kemudian diserahkan kepada waris sebenar.

Saudara lelaki mendiang Somnuk mengaku bertanggungjawab atas insiden itu kerana tidak memeriksa mayat yang diterimanya terlebih dahulu sebelum meninggalkan hospital.

Menurut kakitangan hospital, mereka tertukar kedua-dua mayat itu disebabkan wajah si mati yang kelihatan serupa dan menyerahkan jasad yang salah kepada saudara lelaki Somnak. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI