fbpx

Jawi sediakan kelas pengajian buat mualaf secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta yang menghadiri kelas pengajian mualaf anjuran Jawi.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini merasmikan kelas pengajian mualaf di lapan buah masjid terpilih di sekitar Kuala Lumpur yang sudah pun beroperasi mulai September lalu.

Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kelas pengajian itu ditawarkan secara percuma malah turut menyediakan saguhati kepada mereka yang mengikuti kelas itu.

“Lapan masjid itu termasuk Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati Setapak; Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Manjalara Kepong; Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri dan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

“Masjid lain ialah Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan; Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru dan Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya,” katanya.

Terdahulu, majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi, Khatijah Abd. Rahman di Masjid Al-Imam al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.

Katanya, inisiatif berkenaan bertujuan menawarkan kemudahan kepada mualaf untuk mendalami ajaran Islam di masjid-masjid yang berhampiran sekali gus mendekatkan diri dengan aktiviti pengimarahan masjid.

Sejak tahun 2018, Jawi dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan program perlindungan sementara serta pusat bimbingan dan pendidikan kepada golongan mualaf di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Usaha tersebut demi memastikan tiada golongan mualaf yang tercicir daripada mendapatkan pendidikan asas Islam.

Seramai 631 mualaf dari Wilayah Persekutuan telah menerima manfaat daripada program perlindungan sementara serta pusat bimbingan dan pendidikan di KDH itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI