fbpx

Bekas pengendali Harimau Malaya pilih Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJAGOBAL (empat dari kanan) dan Cheng Hoe (tiga dari kanan) bergambar bersama penganjur majlis ketika memperkenalkan bola rasmi Piala Dunia Qatar di Sunway Pyramid, Petaling Jaya semalam.

KEHANGATAN saingan Piala Dunia 2022 semakin dirasai dengan pasukan Brazil dicanang sebagai calon utama untuk bergelar juara pada kejohanan bola sepak berprestij yang akan berlangsung di Qatar bermula 20 November depan.

Dua bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dan Tan Cheng Hoe ‘sepakat’ memilih skuad Selecao sebagai pilihan selepas melihat potensi pasukan bimbingan Tite itu di peringkat antarabangsa ketika ini.

Kata Rajagobal, saingan Piala Dunia 2022 ini sememangnya dinantikan kerana ia adalah kejohanan terbesar di dunia dan bagi edisi kali ini dan pasukan Brazil dilihat berpotensi untuk menjulang kejuaraan buat kali keenam.

“Piala Dunia merupakan salah satu kejohanan terbesar di dunia dan saya yakin penyokong tidak sabar untuk menunggu sepak mula minggu depan.

“Jika ditanya secara peribadi, saya merupakan peminat tegar pasukan samba (Brazil) dan saya pilih mereka untuk menjuarai Piala Dunia kali ini.

“Namun, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku tetapi saya yakin Brazil akan jadi juara,” katanya ketika ditemui pada maj­lis memperkenalkan bola rasmi Piala Dunia Qatar di Sunway ­Pyramid, Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Cheng Hoe yang kini mengendalikan skuad Selangor percaya pasukan Brazil boleh menamatkan kemarau 20 tahun selepas kali terakhir menang pada edisi 2002 sewaktu dianjurkan di Korea Selatan dan Jepun.

“Secara tradisinya, Brazil mempunyai ramai pemain yang berbakat.

“Jadi dengan adanya mereka, saya yakin mereka mampu untuk menandingi pasukan-pasukan lain,” katanya.

Brazil sebelum ini pernah menjulang trofi Piala Dunia sebanyak lima kali pada edisi 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002, manakala Perancis merupakan juara bertahan selepas menang pada saingan 2018 di Rusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI