fbpx

Kajian baharu dapati rokok elektronik tidak selamat, jejas saluran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKOK elektronik mempunyai kesan tersendiri terhadap kesihatan manusia. - Shutterstock

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Satu kajian baharu mendapati rokok elektronik yang menggantikan rokok tembakau sebagai alternatif lebih selamat, terbukti membawa risiko tersendiri terhadap kesihatan manusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Pasukan penyelidik Universiti California diketuai oleh Dr. Matthew Springer mendapati perokok biasa dan pengguna rokok elektronik mempunyai tanda-tanda peningkatan radang dalam saluran darah dan berisiko tinggi mengalami pembekuan darah.

Kajian itu menganalisis data sukarelawan terdiri daripada 120 orang dewasa berusia 21 hingga 50 tahun, di mana 42 daripada mereka menggunakan rokok elektronik, 28 pengguna produk tembakau dan 50 lagi tidak menggunakan kedua-duanya.

Penyelidik kemudian membandingkan saluran darah bukan perokok menggunakan kaedah ultrasound. Saluran darah perokok tembakau dan pengguna rokok elektronik didapati kurang kenyal.

Pasukan penyelidik mendapati serum (darah cair jernih) perokok elektronik menyebabkan sel lebih cenderung bocor berbanding serum yang diambil daripada responden yang menghisap rokok tembakau atau bukan perokok.

“Kajian ini mendapati kombinasi penggunaan kedua-dua produk ini, seperti yang dilakukan oleh ramai orang, boleh meningkatkan lagi risiko kesihatan berbanding menggunakannya secara berasingan,” kata Dr. Matthew Springer yang mengetuai penyelidikan itu, dalam satu kenyataan.

Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal bertajuk Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vaskular Biology pada 26 Oktober lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI