fbpx

Lisa paling gah, atasi kedudukan Adele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA

PELANCARAN lagu debut solo Lalisa pada tahun lalu melakar sejarah dalam muzik K-pop apabila anggota kumpulan Blackpink, Lisa berjaya menawan carta iTunes.

Pada awal minggu ini, Lalisa menduduki tempat pertama dalam iTunes menerusi kategori carta lagu top di Kyrgyzstan selepas satu tahun dilancarkan.

Perkara tersebut sekali gus membuatkan Lisa menjadi artis wanita pertama menduduki tangga nombor satu dalam carta iTunes di 103 wilayah berbeza di seluruh dunia.

Terdahulu, rekod tersebut pernah dihuni Adele yang mendahului carta iTunes di 102 wilayah berbeza menerusi lagu Hello dan Easy On Me.

Sejak dilancarkan pada 10 September tahun lalu, Lalisa mencipta pelbagai rekod menakjubkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI