fbpx

Liek Hou bergelar juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU bangga dan berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pada perlawanan akhir terutamanya ketika menewaskan pemain Indonesia, Anrimusthi.

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia sebanyak tujuh kali dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Kebangsaan Yoyogi kelmarin, pemain berusia 34 tahun itu tidak berdepan banyak masalah apabila hanya memerlukan 33 minit untuk mencatat kemenangan ­21-14, 21-12.

Lebih manis, Liek Hou bukan sahaja kembali merampas kejuaraan dunia, malah dia juga terus melakar rekod peribadi apabila berjaya memenangi 14 kejohanan berturut-turut sejak Oktober 2019.

“Perasaan kali ini memang agak berlainan berbanding dahulu kerana saya lakukannya ketika memegang status sebagai pemenang pingat emas Sukan Paralimpik. Selain itu, saya juga dapat tebus kekecewaan ketika tewas di Switzerland pada 2019.

“Sudah tentu saya rasa bangga dan berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pada perlawanan akhir. Saya akan mula fokus untuk aksi tahun depan memandangkan kejohanan ini adalah yang terakhir bagi musim 2022,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Percubaan Liek Hou untuk membawa pulang dua gelaran dunia, bagaimanapun tidak terlaksana apabila gandingannya bersama Mohamad Faris Ahmad Azri dalam acara beregu lelaki SU5 tewas 13-21, 12-21 kepada Dheva-Hafizh Bri­liansyah Prawiranegara pada perlawanan akhir.

Justeru, anak didik Nova ­Armada itu sedia mengekalkan tahap kecergasan bagi memastikan dia berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi pada edisi 2024 yang dijadualkan berlangsung di Pattaya, Thailand.

“Kejohanan dunia seterus­nya adalah di Pattaya pada 2024, saya harap boleh terus bermain dalam kejohanan itu dan mempertahankan kejuaraan. Bagaimanapun, ia bergantung pada kondisi saya ketika itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI