fbpx
KUMPULAN NCT 127

Penonton pengsan, NCT 127 batal konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUMPULAN NCT 127 memohon maaf kepada peminat di Indonesia kerana terpaksa membatalkan konsert jelajah pada saat akhir.

Konsert Neo City-The Link di Jakarta yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu dibatalkan kerana berkaitan dengan masalah melibatkan penonton.

Pada hari pertama konsert Jumaat lalu, berlaku insiden tidak terduga apabila seramai 30 peminat pengsan gara-gara tolak-menolak sesama sendiri.

Akibatnya, konsert NCT 127 ditangguhkan serta-merta biarpun kumpulan itu masih ada beberapa baki lagu untuk dinyanyikan kepada peminat.

Terkini, agensi NCT 127, Dyandara Global Edutainment akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku.

POPULAR