fbpx

Tuduhan kesalahan aturan adat oleh Undang Luak Jelebu disangkal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Mohd. Zin ketika ditemui di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu hari ini.- MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

JELEBU- Datuk Lembaga Delapan Luak Jelebu yang sah menyangkal segala dakwaan dan tuduhan bahawa berlakunya kesalahan aturan adat oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad.

Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari (Datuk Menteri) Luak Jelebu, Ismail Mohd. Zin malah berkata, pihak yang membuat dakwaan dan tuduhan tersebut juga tiada hak untuk membuat kenyataan sebegitu malah turut cuba mengakui sebagai Datuk Lembaga.

“Hal adat Luak Jelebu ini hanya boleh dibincangkan oleh Lembaga Delapan yang sah sahaja. Orang luar tiada hak, tiada Lembaga yang asal, tidak pernah wujud, yang ada hanya Lembaga yang sah.

“Lembaga yang sah inilah yang berhak menentukan dan menaikkan Datuk Undang. Jadi saya dukacita apabila ada pihak lain yang menyamar sebagai Datuk Lembaga Delapan.

“Mereka ini adalah merupakan pengkhianat kepada Luak Jelebu malah biadab kerana cuba memecat Undang Luak Jelebu,” katanya ketika ditemui di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang di sini hari ini

Utusan Online baru-baru ini melaporkan kenyataan Ketua Talian Adat, Datuk Lembaga Delapan yang asal, Mat Tarmizi Selamat dalam sidang akhbar di Seremban bahawa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan perlu membincangkan kedudukan jawatan Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang didakwanya melakukan kesalahan aturan adat luak tersebut.

Sehubungan itu, Ismail menjelaskan, Mat Tarmizi juga telah dipecat dan tiada hak termasuk mengutus dokumen ke Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan termasuk kepada pihak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Saya dilantik secara sah oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, tidak ada Datuk Menteri yang lain yang sah dan diiktiraf.

“Saya dan Datuk Lembaga Delapan juga menafikan apa juga yang didakwa oleh pihak berkenaan, ia tidak betul dan salah sama sekali,” katanya yang turut memberitahu bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang membuat dakwaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI