fbpx

Kadar faedah perlu terus dinaikkan – Bank Pusat Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan ibu pejabat ECB dirakam dalam pemandangan bandar raya Frankfurt am Main, barat Jerman, pada 27 Oktober lalu. - AFP

TALLINN, Estonia – Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde menegaskan akan terus menggunakan dasar monetari bagi menaikkan kadar faedah dalam strategi untuk menentang inflasi yang tinggi, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

“Kami perlu menaikkan kadar faedah kepada tahap yang mencapai sasaran inflasi jangka sederhana iaitu dua peratus.

“Matlamat utama kenaikan kadar faedah adalah jelas dan kita masih belum mencapainya,” kata Lagarde dalam ucapan beliau di bank pusat Estonia.

Kata beliau, Benua Eropah belum pernah menyaksikan perubahan signifikan dalam kadar inflasi sejak Kesatuan Eropah (EU) ditubuhkan.

Pada Oktober lalu, kadar inflasi di benua tersebut melonjak kepada 10.7 peratus, kali pertama ia melebihi paras 10 peratus dalam sejarah EU.

Menurut Lagarde, Zon Euro telah dilanda siri kejutan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini pada kedua-dua sisi permintaan dan penawaran. 

Puncanya adalah disebabkan oleh sekatan pergerakan Covid-19, gangguan rantaian bekalan, pemotongan pengeluaran tenaga dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Beliau berkata, kejutan-kejutan itu memberi kesan lebih kuat ke atas harga yang mencetuskan peningkatan kadar inflasi selain pemotongan bekalan gas disebabkan pencerobohan Russia adalah perubahan struktur utama yang membawa kesan selama beberapa tahun. 

Bank pusat bagi 19 negara itu pada minggu lepas menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas menjadi 1.5 peratus.

Ia merupakan yang tertinggi sejak 2009 dengan kadar dikenakan ECB sebelum ini adalah di bawah 0 peratus atau negatif selama lapan tahun sehingga ia mula dinaikkan pada Julai lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI