fbpx

Bonet Lomborghini muat RM2 juta sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita itu yang turut menunjukkan sejumlah wang di dalam bonet Lamborghini.

PETALING JAYA – Seorang pengasas produk kecantikan tampil menjawab soalan pengikut yang bertanya adakah berbaloi untuk memiliki kereta model Lamborghini seperti digunakannya dalam kehidupan seharian.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, usahawan wanita itu bagaimanapun mengeluh kerana ia tidak berbaloi memandangkan kereta sport itu mempunyai saiz bonet yang kecil.

Ruang bonet kecil itu katanya, menyebabkan dirinya tidak dapat memuatkan sejumlah duit bernilai jutaan ringgit dipercayai diperoleh daripada hasil perniagaan.

“Ramai tanya, berbaloi ke beli kereta Lamborghini ni? Jom saya tunjuk berbaloi ke tak, tak berbaloi sebabnya dalam bonet ni, muat RM2 juta je.

“Jadi tak berbaloi beli kereta ni, sebab bonet dia kecil.. boleh letak duit sikit je,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan video tersebut telah melabelkan pengasas produk kecantikan itu sebagai tidak bersyukur dan ada juga yang mengatakan sombong.

“Kalau van jenazah muat tak akak masuk, risau mayat akak tak muat je nanti,” kata Osman Osman.

“Kena tahu juga rezeki tu siapa yang bagi, nak huat content pun kena agak-agak, tapi itulah rakyat kita lagi video teruk lagi ditonton,” kata Wan Fadzil Wan Farid.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI