fbpx

38 cedera pangsapuri terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan anggota bomba berusaha menyelamatkan seorang wanita dari pangsapuri tersebut. - Gregory Olkowicz

BANDAR RAYA NEW YORK –  Sekurang-kurangnya 38 orang cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di Midtown, Bandar Raya New York semalam, lapor saluran berita NBC News.

Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) menerima panggilan kecemasan dari tingkat 20 beralamat 429 East 52nd Street itu sekitar pukul 10.24 pagi (waktu tempatan), kata Pesuruhjaya Bomba, Laura Kavanagh dalam satu taklimat akhbar di tempat kejadian.

Sejurus tiba, anggota-anggota bomba mula menyelamatkan penghuni bangunan termasuk dua mangsa menggunakan tali penyelamat. Kebakaran itu tercetus di tingkat 20 bangunan pangsapuri, kata pihak bomba.

Daripada 38 mangsa yang cedera, dua orang berada dalam keadaan kritikal dan lima anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) turut parah. Mereka dibawa ke hospital berdekatan  untuk menerima rawatan.

Lebih ramai lagi pesakit dijangka memerlukan rawatan, kata Ketua EMS, Joseph Pataky.

Kebakaran itu berpunca daripada bateri ion lithium yang disambung pada sebuah peranti.

“Bateri ion lithium memberikan tahap bebeza (mudah terbakar) apabila kita berbicara mengenai dinamik kebakaran. Bilik-bilik itu terbakar dalam masa hanya beberapa saat.

“Kami percaya penghuni bangunan sedang membaiki basikal elektrik dan api marak dari pintu hadapan. Kami menemui lima basikal serupa di pangsapuri ini,”kata Ketua Perkhidmatan Bomba, Daniel Flynn.

Pegawai bomba memaklumkan bahawa kebakaran berpunca daripada basikal elektrik semakin meningkat dan menasihati penduduk untuk tidak mengecas baterinya selama semalaman atau menggunakan bateri yang rosak.

Punca kebakaran semalam masih disiasat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI