fbpx

Sanggup bayar RM3,000 susup keluar secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru dan PATI yang berjaya ditahan Maritim Selangor.

KLANG – Tindakan sekumpulan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang sanggup membayar RM3,000 seorang untuk keluar secara haram ternyata sia-sia apabila diberkas di kedudukan 2.5 batu nautika barat daya Kuala Selangor dekat sini, pagi tadi.

Penahanan kesemua PATI termasuk tiga wanita itu berusia 23 hingga 46 tahun dilakukan kira-kira pukul 3.14 pagi.

Turut ditahan dua kru bot sindiket berusia 44 dan 55 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, bot ronda telah digerakkan selepas menerima maklumat dari pusat kawalan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Klang memaklumkan sebuah bot mencurigakan sedang menuju ke Jeram dari Pulau Angsa.

Katanya, bot berwarna coklat berjaya ditahan selepas adegan mengejar hampir 15 minit.

“Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan dua kru warga Indonesia dari Tanjung Balai, Indonesia.

“Kita turut menemui 12 penumpang termasuk tiga wanita dengan kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan awal mendapati bayaran dikenakan untuk satu perjalanan itu ialah RM 3,000 seorang.

Tegasnya, bot dan kesemua pati yang ditahan dibawa ke jeti pasukan polis marin (PPM) Pulau indah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta
Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI