fbpx

[VIDEO] PRU15: Rina Harun dicabar tujuh calon di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Harun bersama para penyokong ketika hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi hari ini.

SEPANG – Kerusi Parlimen Sepang menyaksikan perlawanan sengit lapan penjuru apabila kesemua calon yang bertanding telah hadir menyerahkan pencalonan masing-masing.

Proses tersebut berlangsung dengan aman di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 P113 Sepang di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi di sini pagi ini.

Antaranya ialah calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang bakal ditentang hebat oleh Anuar Basiran dari UMNO mewakili Barisan Nasional (BN).

Tidak ketinggalan ialah Raj Muni Aiman Athirah dari Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Nageswaran Ravi mewakili Parti Rakyat Malaysia.

Turut bersaing ialah calon dari Parti Pejuang Tanah Air yang mewakili blok politik baharu, Gerakan Tanah Air, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim selain tiga lagi individu wakil bebas.

Mereka ialah Mohd. Syahrul Amri Din Mat Sari, Munewaran Muthiah dan Datuk Mohd. Daud Leong.

Keputusan pencalonan akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRU15 P113 Sepang, Datuk Abdul Hamid Hussain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI